Zalim.

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعۡمَلُ ٱلظَّٰلِمُونَۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمۡ لِيَوۡمٖ تَشۡخَصُ فِيهِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

-Surah Ibrahim, Ayah 42

Misi

Ini rekod rasmi pinjaman baru dan bayaran balik hutang negara bagi 6 bulan pertama tahun 2019 dengan tempoh yang sama untuk tahun 2020.

  • 6 bulan pertama tahun 2019 di bawah PH, hutang negara bertambah RM57.1 bilion.
  • hutang naik RM36.6 bilion dalam tempoh Mac-Jun 2019 bawah PH banding kenaikan RM12.3 bilion bagi tempoh Mac-Jun 2020 bawah PN walaupun PN terpaksa lawan krisis Covid.
  • Bagi tempoh dua bulan (Jan-Feb 2020) pertama tahun ini bawah PH pula, hutang naik RM22 bilion berbanding kenaikan RM12.3 bilion bagi tempoh 4 bulan (Mac-Jun 2020) di bawah PN.

Sebelum PRU14, hutang negara merupakan antara propaganda utama PH untuk menipu dan menhasut Rakyat benci saya dan BN.

Tetapi selepas mereka jadi kerajaan, PH pinjam lebih banyak dan dengan kadar lagi laju berbanding kerajaan BN masa saya PM.

Dalam tempoh PH jadi kerajaan:

  • hutang langsung negara naik dari RM686.8 bilion menjadi RM823.8 bilion
  • jaminan hutang kerajaan naik dari RM238.0 bilion ke RM280.4 bilion
  • Nisbah hutang kepada KDNK naik dari 48.7% ke 54.4% (iaitu hampir mencecah had statutori hutang 55%)

Hutang naik laju dalam masa PH jadi kerajaan kerana mereka berebut-rebut nak capai visi hutang negara benar-benar RM1 trilion supaya propaganda mereka tak nampak menipu sangat.

Keris.

Ini adalah keris Sultan Abdul Jalil kerajaan Riau. 1712M/1124H Lambang bintang Dawood ni lambang yg baru d pakai oleh Yahudi atau Freemason walaupun sebenarnya ia telah dipakai sekian lama oleh kesultanan Uthmaniyyah, kesultanan Melayu dan lain-lain kesultanan Islam ratusan tahun sebelum terbentuknya negara haram Israel yang menggunakan logo bintang Dawood ni. Bintang Dawood ini sebenarnya merupakan simbol kaum Arab Kan’an atau penduduk asli Palestin. Sebab tu Yahudi cepat-cepat claim logo ni kononnya merekalah bumiputera di Palestin.  Sama macam warisan capal nabi yang diletak di kepala sebagai lambang junjung kini dihina oleh Melayu jahil dan dipanggil bidaah, syirik dan capaliyyun. Padahal “Capal Nabi s.a.w. di junjung” ni sudah lama diamalkan oleh kesultanan Melayu Islam sejak beratus tahun lamanya. Sebab tu raja kita digelar “Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda.” Duli tu Habuk, Maha Mulia tu Allah, maksudnya Sultan ni Habuk (di bawah naungan) Allah. Paduka pula maksudnya Capal, baginda pula merujuk kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang membawa maksud para sultan menjunjung capal baginda atau para sultan berada di makam bawah capal baginda nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Jadi ulama Melayu dulu dah tetapkan cara sembah hormat raja mengikut tertib ini: -Allah ku junjung paling tinggi dan sultan hanya habuk-Nya sahaja. -Rasulullah raja paling tinggi dan para sultan bernaung di bawah capalnya sahaja. -Para Sultan yang dijunjung perintahnya (bukan orangnya), kerana perintah mentaati perintah sultan itu datangnya dari nabi pemilik paduka dan juga junjungan tertinggi iaitu lah Allah. Sebab tu bila Sultan bertitah, rakyat pipit kena jawab “menjunjung perintah Tuanku”. Sebab yang kita junjung tu Allah dan Rasul yang perintah kita taat perintah Sultan Islam. Memang betul Sultan manusia biasa, tapi mereka ada mandat dari Allah dan Rasul yang diamanahkan untuk jaga urusan umat Islam. Jadi Sultan adalah “penyeri” kepada Capal Nabi. Capal nabi tu jadi junjungan para Sultan dan juga rakyatnya. Maka berbanggalah menjadi golongan “Capaliyyun” kerana kita bernaung di bawah capal baginda nabi. Punyalah hebat Warisan Melayu kita yang bersulamkan Islam. Sayangnya lebih ramai bangsat dari bangsa. Memang benar,  “Berdebat dengan orang bodoh hanya akan menjadikan orang bodoh menjadi dua.” Bangsa yang paling hina  ialah bangsa yang tidak tahu sejarahnya sendiri. Credit: Ustaz Ibnu Batoota via FB Firdaus Rich