Misi

Ini rekod rasmi pinjaman baru dan bayaran balik hutang negara bagi 6 bulan pertama tahun 2019 dengan tempoh yang sama untuk tahun 2020.

  • 6 bulan pertama tahun 2019 di bawah PH, hutang negara bertambah RM57.1 bilion.
  • hutang naik RM36.6 bilion dalam tempoh Mac-Jun 2019 bawah PH banding kenaikan RM12.3 bilion bagi tempoh Mac-Jun 2020 bawah PN walaupun PN terpaksa lawan krisis Covid.
  • Bagi tempoh dua bulan (Jan-Feb 2020) pertama tahun ini bawah PH pula, hutang naik RM22 bilion berbanding kenaikan RM12.3 bilion bagi tempoh 4 bulan (Mac-Jun 2020) di bawah PN.

Sebelum PRU14, hutang negara merupakan antara propaganda utama PH untuk menipu dan menhasut Rakyat benci saya dan BN.

Tetapi selepas mereka jadi kerajaan, PH pinjam lebih banyak dan dengan kadar lagi laju berbanding kerajaan BN masa saya PM.

Dalam tempoh PH jadi kerajaan:

  • hutang langsung negara naik dari RM686.8 bilion menjadi RM823.8 bilion
  • jaminan hutang kerajaan naik dari RM238.0 bilion ke RM280.4 bilion
  • Nisbah hutang kepada KDNK naik dari 48.7% ke 54.4% (iaitu hampir mencecah had statutori hutang 55%)

Hutang naik laju dalam masa PH jadi kerajaan kerana mereka berebut-rebut nak capai visi hutang negara benar-benar RM1 trilion supaya propaganda mereka tak nampak menipu sangat.

Leave a Comment